Connect with:




Pasti demam filem adiwira Marvel, Avenger: Endgame belum lagi reda ini kerana sudah seminggu filem tersebut ditayang tetapi masih mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat-peminat filem di Malaysia malah di dunia.

Foto: Marvel Studio

Ketika menonton filem tersebut sudah pasti kita perasan bentuk tubuh adiwira-adiwira tersebut yang mengagumkan. Sudah pasti untuk menbina bentuk badan sebegitu bukannya mudah. Kesemua bintang adiwira Avenger sudah pasti bekerja keras sebelum berlakon demi memastikan kecergasan dan tubuh badan yang dimiliki mereka berada dalam keadaan terbaik dan cergas.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dailymail, dua watak utama Avenger iaitu Thor yang dilakonkan oleh Chris Hemsworth dan Black Widow dilakokan oleh Scarlett Johansson bekerja keras untuk membina bentuk tubuh mereka dan bukan hanya setakat jogging sahaja.

 

Black Widow Berpusa 15 Jam Sehari Dan Angkat Berat Bertaraf Atlet Olimpik

Menurut jurulatih Eric Johnson, Scarlett terpaksa berpuasa sehingga 15 jam sehari dan membuat latihan angkat berat seperti apa yang dilakukan oleh atlet angkat berat yang bertaraf Olimpik semata-mata untuk melakonkan watak Black Widow.

Foto: Melissa Johnson

“Black Widow diinspirasikan oleh Linda Hamilton dalam filem Terminator 2. Secarlett dilarang untuk merokok, perlu berlari beberapa batu sehari selain tidur lebih emapta jam sehari,” katanya.

Eric juga memaklumkan bahawa pengambilan makanan yang diambil oleh Scarlett adalah lebih kepada karbohidrat dan perlu dicatu supaya tubuh badan yang diingini dapat dicapai sebelum penggambaran berlangsung.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap latihan kerana Scarlett perlu makan makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah lemak, malah ada juga waktu di mana dia perlu merendahkan pengambilan makanan karbohidrat dan lebihkan lemak.

Foto: Melissa Johnson

“Scarlett perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari, maka waktu makannya terhad tapi semua itu bergantung kepada jadual pengambaran juga kerana ada hari yang dia perlu berpuasa selama 15 jam sehari.

“Proses latihan yang dilakukan oleh Scarlett sama seperti apa yang dilakukan kebanyakan atlet sewaktu persediaan untuk menyertai pertandingan. Dia perlu memberi lebih penekanan kepada prestasinya, maka dia akan mendapat bentuk tubuh yang diidamkan,” jelas Eric.

 

Thor Jalani HIIT Dan HIRT, Makan 3500 Kalori Sehari

Watak God of Thunder atau Thor yang dilakokan oleh Chris perlu makan sekurang-kurangnya 3500 kalori sehari atau bersamaan lima kali makan untuk membentuk tubuh adiwira Thor.

Jurulatih personal dan juga rakan kepada Chris, Lukas Zocchi dikenali Luke berkata untuk mendapat bentuk tubuh Thor, Chris memerlukan menjalani tiga sesi senaman dalam sehari bagi menurunkan berat badan sekaligus membina otot adiwira terkuat itu.

Foto: Luke Zocchi

Chris perlu menjalani latihan berdasarkan kepada High Intensity Interval Training (HIIT) dan High Intensity Resistance Training (HIRT). Apa itu HIIT dan HIRT?

HIIT atau latihan jarak jauh intensiti tinggi adalah satu bentuk latihan interval, strategi senaman kardiovaskular yang menggantikan tempoh singkat latihan anaerobik yang berat dengan tempoh pemulihan yang singkat, sehingga terlalu letih untuk meneruskan. Latihan intensif ini biasanya berlangsung di bawah 30 minit, dengan masa yang berbeza-beza berdasarkan tahap kecergasan peserta semasa.

HIRT atau latihan penentangan intensiti tinggi pada asasnya latihan kekuatan untuk kehilangan lemak. Semasa latihan HIRT, anda akan melaksanakan satu siri latihan latihan kekuatan untuk beberapa set, untuk beberapa minit yang ditetapkan, tanpa rehat. Oleh itu, kadar degupan jantung anda akan bertambah tinggi dan otot anda akan diberikan sedikit masa untuk pulih sebelum dilakukan semula.

Luke berkata rutin latihan berbeza terpaksa digunakan untuk watak Thor dalam Avenger: Endgame berbanding filem Thor sebelum ini.

“Untuk watak Thor biasanya kami akan melakukan angkat beban yang lebih berat dan melakukan lebih banyak kerja berasingan.

“Manakala dalam filem terbaru ini rutin latihan biasanya dilakukan tidak lebih daripada sejam dan hanya fokuskan kepada dua bahagian otot untuk satu sesi. Setiap bahagian otot kami akan membuat empat kaedah senaman menggunakan berat yang berbeza bagi setiap senaman dan dilakukan sebanyak 12 set.

“Kami akan melakukan sekurang-kurangnya tiga sesi dan kadang-kala kami akan gandakan sesi dalam seminggu. Tetapi latihan tidak boleh lebih dari enam hari seminggu kerana satu hari masa untuk rehat,” jelas Luke.

Foto: Chris Hemsworth

Pemakanan Chris pula, beliau memerlukan makanan yang tinggi nutrien selain mengambil makanan jenis protein, bijirin, buah-buahan, kekacang dan lemak.

Jadi macam mana pendapat anda, bukan mudah untuk mejadi seorang pelakon terutamanya watak adiwira yang menjadi kegilaan ramai ini. Mereka sanggup melakukan latihan berat semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal bagi membuatkan anda berpuasa hati menonton lakonan mereka. Jika ada sanggup ke buat semua itu?

Foto: Marvel Studio