Datuk Lee Chong Wei raih gelaran kesembilan

Datuk Lee Chong Wei raih gelaran kesembilan

 

Datuk Lee Chong Wei membenam rekod lapan kejuaraan Malaysia Open yang dipegang Wong Peng Soon dengan memenangi gelaran kesembilan kejohanan selepas mudah menumpaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8.

Kejayaan ini merupakan permulaan yang cemerlang buat pemain nombor  1 dunia ini selepas menjuarai Korea Victor Open, 2 minggu yang lalu.

Namun sebelum itu, kem negara dikejutkan dengan tertewasnya beregu harapan, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying dalam acara beregu campuran.

11

Gandingan Nielsen-Pedersen benam cabaran beregu negara

 

Peng Soon – Liu Ying selaku pilihan pertama kejohanan tewas 13-21, 18-21 kepada beregu Denmark, Joachim Fischer Nelsen – Christinna Pedersen.

Sementara itu, China, Indonesia dan Taiwan masing-masing memenangi satu gelaran dalam 3 kategori lain yang dipertandingkan.

Pilihan keenam perseorangan wanita, Tzu Ying Tai dari Taiwan berjaya mengatasi cabaran pemain China, Xue Yao 21-17, 21-14 namun kekecewaan kem China berjaya ditebus beregu wanita mereka Bao Yixin – Tian Qing yang mengejutkan pilihan kedua iaitu beregu Jepun, Misaki Matsumoto – Ayaka Takahasji dengan mata 21-16, 21-14.

Juara beregu wanita, Bao Yixin -Tian Qing bergambar bersama naib juara dari Jepun..

Juara beregu wanita, Bao Yixin -Tian Qing bergambar bersama naib juara dari Jepun.

 

Pasangan Indonesia Mohamad Ahsan – Hendra Setiawan  pula menang 21-15, 21-13 keatas Lee Yong Dae -Ko Sung Hyun dari Korea untuk menjuarai kategori beregu lelaki.

Juara perseorangan untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita mengutip hadiah  wang tunai sebanyak US 30,000.00 manakala naib juara terpaksa berpuas hati dengan US 15,200.00. Bagi kategori beregu pula, juara akan menggondol wang tunai US 31,600.00 manakala naib juara mendapat US 15,200.00.