Connect with:




Regu Campuran Malaysia

Hasrat kem badminton negara untuk sapu bersih kesemua kejuaraan tidak kesampaian apabila hanya mampu menjuarai dua acara daripada lima acara yang pertandingkan dalam perlawanan akhir Celcom Axiata Cabaran Antarabangsa Malaysia semalam.

Regu wanita Malaysia

Regu wanita, Soon Fie Cho – Tee Jing Yi yang bertemu rakan senegara mudah menundukan mereka dengan kemenangan 21-13, 21-10. Regu campuran, Tang Jie Chen – Yen Wei Peck terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan regu dari Indonesia 3 set, Andika Ramadiansyah – Mychelle Crhystine Bandaso, 21-12, 21-23, 21-13.

Tiga lagi perlawanan akhir yang melibatkan pemain Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan kepada lawan masing-masing meskipun telah memberi aksi terpaksa dan tentangan sengit kepada lawan mereka.

Bagi Priseden Badminton Association of Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, beliau berpuas hati dengan setiap pemain dan semangat juang yang dipamerkan. Prestasi mereka ini memberi gambaran baik kepada kita untuk masa depan badminton jika setiap pemain dapat kekalkan dan tingkatkan lagi prestasi mereka.

 

KEPUTUSAN PENUH

Perseorang lelaki

Hsueh Hsuan Yi (TPE) VS Tan Jia Wei (MAS)
21-18 – 21-19

Perseorang wanita

Zhiyi Wang (China) VS Ying Ying Lee (MAS)
21-10, 24-22, 21-14

Regu wanita

Soong Fie Cho-Tee Jing Yi (MAS) VS Chiew Sien Lim (MAS)
21-13, 21-10

Regi lelaki

Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) VS Aaron Chia-Wooi Yik Soh (MAS)
21-17, 17-21, 21-19

Regu Campuran

Tan Jie Chen- Yen Wei Peck (MAS) VS Andika Ramadiansyah – Mychelle Crhystine Bandaso (INA)
21-12, 21-23, 21-13.