Malaysia gagal dalam membenam Korea Selatan apabila diratah 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Awam Paju, petang semalam.

Namun, kekalahan itu bukan menjadi penghalang buat skuad B-19 apabila mereka telah menjadi antara satu daripada lima pasukan naib juara terbaik sekaligus menempah slot ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Indonesia.

 

Berikut merupakan fakta mengapa Malaysia tewas menentang Korea Selatan pada edisi kelayakan kali ini :

Foto Kredit : AFC

  • Korea Selatan telah menjuarai kejohanan ini sebanyak 12 kali iaitu pada tahun 1959, 1960, 1963, 1978, 1980, 1982, 1990, 1996, 1998, 2002, 2004, dan 2012.
  • Bukan setakat juara, malahan gelaran naib juara dan tempat ketiga juga sering mereka ungguli.
  • Di tangga kedua 4 kali, dan tangga ketiga 6 kali.
  • Secara keseluruhannya, Korea Selatan telah mengaut sebanyak 22 pingat kejohanan dalam Piala Asia B-19.
  • Korea Selatan juga pernah bermain dalam Kejohanan Piala Dunia B-20 2017, namun mereka gagal unutk meneruskannya apabila tewas 1-3 menentang Portugal.
  • Kelayakan Piala Asia kali ini menyaksikan Korea Selatan membariskan pemain yang hadal termasuk dua pemain mereka yang sedang bermain dalam kelab Eropah.
  • Lee Kang In yang baru berusia 16 tahun yang kini bermain untuk kumpulan junior Valencia C.F dan bakal dirisik oleh Real Madrid.
  • Jeong Woo Yeong yang kini akan bermain untuk Jerman Bayern Munich bawah 19 tahun sehingga 2022.
  • Kemenangan besar dalam kelayakan Piala Asia 2018 ketika menentang Brunei Darussalam di mana mereka menang 11-0. Kemenangan mutlak ini membantu Korea Selatan untuk terus gah di dalam kejohanan Piala Asia 2018.

 

Foto Kredit : AFC