Connect with:




Pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang telah muncul juara Asia Road Racing Championship baru-baru ini meluahkan perasaan kecewa ekoran sambutan hambar yang diberikan walaupun memnangi kejuaraan tersebut pada Ahad di Buriram, Thailand.

Azlan menerusi laman sosial medianya menyatakan tiada sambutan dari pihak akhbar selepas dinobatkan sebagai juara.

“Hanya Berita Harian yang mewar-warkan berita ini, aku juga atlet yang membawa nama Malaysia ke persada dunia, namun sambutan hambar” jelasnya lagi.

Luahan tersebut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang menggesa agar pihak media memberi liputan luas kepada dunia permotoran.

Azlan pada Ahad telah mencipta sejarah muncul juara pertama kelas Superbike 1000cc yang baru diperkenalkan di ARRC pada musim ini.

Menunggang untuk pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Azlan mengutip 238 mata, meninggalkan Broc Parkes di tempat kedua dengan 225 mata diikuti seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi yang mengumpul 211 mata.

Dalam kelas Supersports 600cc pula, pelumba negara Kasma Daniel mengucapkan selamat tinggal kepada siri perlumbaan tersebut selepas bakal menyertai Moto2 tahun depan dengan penuh bergaya, memenangi perlumbaan kelas tersebut,