The Pocket Rocketman Malaysia, Azizulhasni Awang meluangkan masa dan memberi sedikit sumbangan buat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqitah, Kampung Keramat atas tragedi yang menimpa pusat tahfiz tersebut.

Sumbangan yang diberikan itu adalah atas dari jualan sarungan tangan yang dipakainya pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang dibeli oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaludin muncul sebagai pembida tertinggi dengan harga RM5,000.

Tambahnya lagi, sumbangan tersebut juga dari rakan-rakan yang menghulurkan bantuan kerana bagi mereka jumlah wang tidaklah penting, yang lebih penting adalah membantu masyarakat di dalam kesempitan.

“Tidak dinafikan perasaan sedih dan hiba terasa dalam diri apabila melihat sendiri keadaan yang berlaku di tahfiz ini dan selepas medengar cerita ini sendiri daripada mulut Ustaz Zahid tentang kejadian yang menimpa mereka.” Ujar Azizul.

Dalam kejadian 5.15 pagi, 14 September yang lalu, 21 orang pelajar dan dua orang warden maut dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan pusat tahfiz tersebut.

Susulan itu, polis menahan tujuh lelaki berusia 11 hingga 18 tahun disyaki membakar pusat tahfiz itu dan mereka akan didakwa di mahkamah, hari ini.

Foto kredit: PRU.TV