Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang dipilih sebagai penerima Atlet Terbaik dalam majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)- 100Plus 2017.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis gilang gemilang.

Sementara itu juara dunia para, Ziyad Zolkefli dipilih sebagai Atlet Paralimpik Terbaik.

Walaubagaimanapun kedua-dua pemenang itu tidak dapat hadir ke majlis kerana menghadapai kejohanan dan latihan intensif di luar negara.

Azizul, 30 dari Dungun Terengganu yang digelar ‘The Pocket Rocketman itu meraih Anugerah Atlet Terbaik buat kali kedua selepas memenangi Anugerah SAM-100Plus 2009.

Malaysia akhirnya melahirkan seorang pelumba bertaraf dunia apabila Azizul memenangi acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong pada 13 April tahun lepas.

Beliau yang kini berada di Apleldron, Belanda untuk mempertahankan jersi pelangi yang dipegangnya selaku juara dunia dalam Kejohanan Dunia yang akan tamat pada 4 Mac ini.

Foto Kredit : astroawani(dot)com