Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang dan ratu terjun negara, Cheong Jung hong menepati ramalan apabila diumumkan sebagai pemenang olahragawan dan olahragawati kebangsaan dalam majlis anugerah sukan negara 2017 malam tadi.

Azizul dipilih lantaran kejayaan muncul juara acara keirin pada kejohanan Trek Dunia di Hong Kong tahun lalu.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk atlet kelahiran Terengganu ini kerana beliau mencuba hampir 10 tahun untuk muncul juara dunia dalam acara kegemaran beliau.

Kejayaan yang diraih Azizul pada malam tadi merupakan kejayaan kali ketiga beliau memenangi olahragawan kebangsaan. Sebelum ini beliau juga pernah meraih kejayaan ini pada 2009 dan 2010.

Manakala Jun hoong yang muncul juara dunia dalam acara platform 10 meter di kejohanan dunia di hungary tahun lalu di pilih sebagai pemenang.

Kejayaan Jun hong ini merupakan satu kejayaan yang manis kepada skuad terjun negara apabila melakukan kejutan dalam acara ini selain berjaya menyekat dominasi dari atlet negara China. Beliau muncul satu-satunya atlet terjun dari Malaysia yang bergelar juara dunia dalam acara ini.

Kejayaan Jun Hong meraih olahrawati kebangsaan mengulangi kejayaan yang diraih oleh Pandela Rinong sebelum ini.

Majlis ini juga dihadiri yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kedua-dua pemenang membawa pulang wang tunai Rm 20, 000 piala pusingan dan hadiah iringan berserta sijil

Selain itu, Anugerah lain juga diadakan seperti Olahragawan Paralimpik Kebangsaan yang di menangi Muhammad Ziyad Zolkefli, Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan dimenangi pasukan hoki lelaki, Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaa jadi milik pasukan bowling wanita, Anugerah Jurulatih Kebangsaan pula di menangi oleh jurulatih olahraga kebangsaaa, Mohd Poad Md. Kassim dan jurulatih bola keranjang wanita, Yoong Sze Yuin.

Tokoh Sukan diberikan kepada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Anugerah khas pula di berikan kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim serta pelumba Motor GP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.