Diam-diam ubi berisi, pepatah yang dapat ditunjukkan buat skuad hoki negara dalam saingan Piala Asia 2017 di Dhaka,Bangladesh.

Speedy Tigers mempamerkan aksi cemerlang dengan membenam kebanyakan pasukan lain dalam kumpulan B.

Kemenangan bergaya setiap perlawanan mampu menjadikan malaysia sebagai Jaguh hoki Piala Asia 2017.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen telah menamatkan saingan antara China dan Oman, malah menjinakkan juara bertahan, Korea Selatan.

Prestasi pemain pada tahap terbaik walaupun mereka telah berjaya layak ke Piala Dunia 2018 membuktikan bahawa bukan itu sahaja yang pemain kejarkan.

Kesungguhan para pemain dalam membaiki prestasi mereka mampu melonjakkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Bagaimanapun, cabaran getir akan mereka tempuhi apabila mereka melangkah ke pusingan Super 4 kerana mereka akan bertemu tiga lagi pasukan yang akan diletakkan berama dalam satu kumpulan.

Di peringkat Super 4, India dan Pakistan bakal menjadi halangan buat Speedy Tigers.

Sementara itu, mental dan fizikal para pemain perlu berada di tahap terbaik sebelum menempuhi perikan ini dan segala kelemahan perlu dibaiki segera.

Diharap semua pemain hoki negara akan menunjukkan aksi yang cemerlang dan meraih gelaran jaguh Piala Asia 2017.

 

Foto kredit: Malaysia Hockey Federation