Connect with:




Foto Kredit : Football Association of Malaysia (Official)

Malam ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan turun dalam perlawanan terakhir menentang Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019 yang akan diadakan di Stadium Camille Chamoun Sports City.

Skuad negara akan turun tanpa seberang tekanan kerana mereka sudah tersingkir dari Piala Asia 2019 dan diharapkan pemain-pemain yang diturunkan mampu memperagakan permainan terbaik malam ini dalam usaha mencari kemenangan.

Bagi pendahulu kumpulan B, Lubnan juga tidak mempunyai tekanan dan apa jua keputusan perlawanan malam ini, ia tidak mampu menghalang mereka untuk layak ke Piala Asia 2019 dan apakah malam ini mereka akan memberi peluang kepada Malaysia untuk meraih kemenangan?

Bagi skuad kebangsaan, dalam masa seminggu ini, pelbagai yang mereka lalui termasuklah kritikan demi kritikan dek aksi kurang memuaskan ketika menentang Mongolia, pemain tinggalkan kem negara dan paling mengejutkan adalah peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM.

Foto Kredit : Football Association of Malaysia (Official)

Ayuh pemain Malaysia, bangkitlah dan buktikan kepada peminat bahawa anda sememangnya layak berada di sana dengan menunjukkan semangat melawan hingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil. Dalam permainan bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku dan apa yang penting, bermainlah dengan penuh semangat demi lencana di dada.

Dalam membenci ada yang masih sayang, dalam mengkritik ada yang masih mengambil berat mengenai pasukan kebangsaan. Pedulikan kritikan negatif dan ambillah ia sebagai pembakar semangat dengan membuktikannya dalam perlawanan malam ini. Kemenangan anda malam ini mampu mendiamkan seketika pengkirik tegar anda.

Foto Kredit : arabnews(dot)com

Tiada istilah mustahil bagi bola sepak Malaysia, jadikanlah semangat skuad U23 yang mengejutkan Arab Saudi ketika saingan AFC U23 selain hampir mengejutkan jaguh Asia, Korea Selatan di suku akhir sebagai inspirasi untuk perlawanan terakhir malam ini.

Diharapkan pelawanan terakhir ini akan menjadi satu penuntup yang positif kepada skuad bola sepak negara. Demi lambang dada, ayuh Harimau Malaya tunjukkan taringmu malam ini!!!!

Foto Kredit : akhyarrashid