Skuad bimbingan Stephen Van Huizen perlu menang tiga perlawanan terakhir mereka jika berhasrat ingin bermain dalam perlawanan akhir dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh ketika ini.

Australia dan Argentina kini berada di kedudukan teratas dengan enam mata setelah mencatat dua kemenangan manakala skuad hoki negara pula berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata.

Pada keesokan hari (6 March), Malaysia akan bertemu dengan satu lagi pasukan gergasi dunia iaitu Argentina dalam perlawanan ketiga dan sudah tentu kedua-dua pasukan menginginkan kemenangan bagi memastikan kedudukan lebih terjamin untuk ke perlawanan akhir.

Jika mereka berjaya mengatasi pasukan Argentina, peluang Malaysia lebih terbuka dan jika sebaliknya pula, mereka perlu mengharapkan pasukan Australia dan Argentina tercicir mata dalam baki perlawanan mereka.

Foto Kredit : teamgb(dot)com

Edisi lepas menyaksikan Great Britain muncul juara Kejohanan Piala Sultan Azlan menewaskan Australia 4-3 dalam perlawanan akhir dan skuad hoki Malaysia pula sekadar berada di kedudukan kelima dalam kejohanan itu.

Untuk rekod, Malaysia masih belum pernah muncul juara dan pencapaian terbaik mereka adalah nombor 2 dalam kejohanan ini.

Mampukah skuad Stephen Van Huizen muncul generasi pertama menjuarai Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah atau kita perlu tunggu beberapa tahun lagi untuk melihat skuad negara muncul juara edisi ini di tempat kita sendiri.

Foto Kredit : Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah