Pemain nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur di tangan pemain muda dari Denmark, Viktor Axelsen selepas berhempas-pulas hingga ke set penentuan 21-19, 19-21, 15-21 di Siri Super Dunia Akhir Dubai 2017, malam tadi.

 

Chong Wei bermula cemerlang apabila berjaya menang set pertama selepas terpaksa mengerah tenaga untuk menundukkan Axelsen.

 

Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh LCW membuatkan Axelsen mudah meraih mata yang dilakukan atas kesilapan LCW sendiri.

 

perlawanan yang bertempoh satu jam dua puluh empat minit itu menyaksikan kebangkitan Axelsen bermula pada set kedua dan set penentuan.

 

Kali terakhir pertemuan mereka dalam Siri Super Terbuka Jepun pada September yang lalu dengan kemenangan memihak kepada Juara Dunia, Viktor Axelsen.

 

Kedudukan terkini pertemuan diantara mereka menunjukkan LCW berjaya memenangi sembilan kali perlawanan berbanding Axelsen memenangi tiga perlawanan sepanjang pertemuan mereka.

 

Foto: First post