Connect with:




Dengan sokongan memberangsakan menerusi penyertaan seramai 6500 orang pelari pada edisi kali ini, Larian AXA Hearts in Action 2019 yang telah masuk tahun kelima berturut-turut berjaya mengumpulkan sebanyak RM 100,000 untuk diagihkan kepada 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

5 NGO tersebut adalah WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia.

Tema larian tahun ini iaitu “Anda Boleh Membuat Perubahan” menyokong objektif AXA untuk menjadi rakan kongsi yang sentiasa menyokong rakyat Malaysia untuk berlari demi kesihatan yang lebih baik dan pada masa yang sama memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi mereka.

Dalam usaham memberikan pengalaman terbaik kepada semua peserta, AXA buat pertama kalinya memperkenalkan kategori separuh maraton (21km) di samping kategori 12km, 6km dan larian maya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet, “Selain menyediakan kaetgori yang lebih mencabar, apa yang kekal teguh adalah komitmen kami untuk membantu membina masyarakat yang lebih mampan”.

Pelari yang mengambil bahagian diperkasakan untuk emnyokong tujuan amal dan NGO pilihan mereka dengan memilih 5 warna baju berbeza:

1) Hijau untuk WWF Malaysia – anda boleh melindungi alam sekitar
2) Biru untuk World Vision Malaysia – anda boleh memperkasa pemimpin masa hadapan
3) Jingga untuk Yayasan Buah Pinggang kebangsaan Malaysia – anda boleh menjaga buah pinggang anda
4) Ungu untuk Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia – anda boleh menghalang kanser sebelum berlaku
5) Merah Jambu untuk Yayasan Jantung Malaysia – anda boleh kekal aktif, kekal berdegup.

“Dengan kerjasam 5 rakan NGO untuk Larian AXA Hearts in Action 2019, kami berusaha untuk memupuk penyertaan sosial, melindungi alam sekitar dan kanak-kanak serta menggalakkan pencegahan risiko kesihatan untuk membina komuniti yang mampan. Kami amat berbesar hati kerana menerima sokongan padu daripada pelari baharu dan juga pelari yang kembali menyertai bagi melakukan perubahan positif kepada masyarakat. Tanpa mereka, Larian AXA Hearts in Action tidak akan sampai ke tahap ini” tambah Emmanuel.

Sepanjang 5 tahun, Larian AXA Hearts in Action ini telah berjaya menyumbang lebih daripada setengah juta ringgit kepada NGO terlibat. Sumbangan ini telah membantu dalam melalukan bebrapa inisiatif seperti bantuan 500 sesi dialisis kepada pesakit, program masyarakat di Mukid Tulid dan Talaan selain bantuan kepada 10 buah kampung serta sokongan pemeriksaan kesihatan di kawasan luar bandar seperti Tumpat dan Labis.