Istilah ‘awayday’ sukar dipisahkan dengan peminat fanatik bolasepak. Menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi adalah satu kemestian tidak kiralah di stadium sendiri atau gelanggang lawan.

Untuk aksi di tempat sendiri atau perlawanan di gelanggang lawan atau awayday ini dalam jarak yang tidak begitu jauh, ia tidak menjadi masalah besar. Namun jika awayday yang sangat jauh sebagai contoh penyokong Selangor ingin menyokong pasukan mereka di Kedah atau Kelantan, mereka memerlukan kos yang agak tinggi.

Kebiasaannya mereka akan menaiki bas atau berkongsi kenderaan sesama rakan. Bagaimana pula jika satu hari, anda tertinggal bas dan tiada rakan untuk meumpangkan kenderaan? Sekarang ia bukan satu masalah dengan adanya Droupr.

Droupr merupakan perkhidmatan yang membolehkan pemandu menyenaraikan perjalanan mereka yang mempunyai ruang penumpang yang kosong. Pemandu hanya perlu mengisi maklumat seperti tempat bertolak dan destinasi, dan Droupr akan mencadangkan harga perseorangan yang akan menyertai perjalanan tersebut. Pemandu dan penumpang hanya perlu tong-tong kos ke destinasi yang ditujui.

Selain menjimatkan wang, perjalanan jauh anda juga tidak lagi membosankan. Anda sudah mempunyai rakan baharu malah anda selaku peminat fanatik bolasepak mungkin boleh menarik minat pemandu tersebut untuk sama-sama merasai kenikmatan bolasepak.

Penumpang tidak semestinya perlu turun di destinasi yang ingin ditujui pemandu. Sebagai contoh, penumpang yang ingin ke Georgetown boleh meminta pemandu menurunkannya disitu walaupun pemandu sebenarnya mahu memandu hingga ke Kangar.

Tidak perlu bimbang dengan keselamatan. Droupr akan memastikan setiap pemandu dan penumpang boleh dipercayai menerusi pendaftaran yang dilakukan.

Droupr tidak seperti aplikasi kenderaan yang lain seperti Uber atau Grab. Kedua-dua ini lebih ke arah meraih keuntungan buat pemandu tetapi Droupr, ia lebih kepada menjimatkan wang perbelanjaan pengangkutan.

Sekarang, anda tak perlu pening untuk awayday. Malah, semasa musim perayaan nanti juga anda tidak perlu risau untuk memikirkan bagaimana mahu balik kampung. Untuk maklumat lanjut, layari www.droupr.com