Real Madrid semakin meraatkan jurang dengan pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona dengan jarak lima mata selepas menang 3-0 berdepan Eibar, awal pagi tadi.

Kehilangan empat mata dalam enam aksi terdahulu di laman sendiri, kini dilihat ada perubahan dalam untuk merampas takhta gelaran Liga Sepanyol.

Gol pertama hadir selepas Paulo Oliveira menyumbat gol sendiri serta penjaga gawang, Marko Dmitrovic gagal menangkap kemas rembatan dari Marko Asensio, membolehkan Real Madrid mendahului 2-0.

Dalam aksi awal pagi tadi, Cristiano Ronaldo dilihat mempamerkan permainan yang baik selepas buntu menghasilkan jaringan.

Pertahanan kiri, Marcelo menyempurnakan hantaran dari pemain gantian, Karim Benzema membuatkan Real Madrid mendahului 3-0 dalam lapan minit terakhir perlawanan.

Kemenangan itu melonjak Real mengatasi Atletico Madrid yang kembali ke kedudukan ketiga selepas Los Rojiblancos turut mencatat kemenangan 1-0 di Celta Vigo sebelum itu. – AFP

Foto Kredit: Real Madrid C.F