Menteri Luar Australia Julie Bishop menjelaskan salah faham dalam kenyataannya bahawa negara itu tidak bercadang untuk memboikot kejohanan Piala Dunia bola sepak yang akan berlangsung di, Rusia Jun nanti sebagai tindak balas terhadap perang saraf terhadap bekas pengintip Rusia di Britain.

Selepas Australia mengusir dua diplomat Rusia semalam, Bishop berkata bahawa tindakan memboikot kejohanan 14 Jun-15 Julai di Rusia adalah salah satu di antara pilihan lain antara yang tersedia kepada kerajaan.

Dalam pada itu, dia menjelaskan tentang salah faham orang ramai atas kenyatannya.

“Kerajaan Australia tidak mempertimbangkan untuk memboikot Piala Dunia,” katanya kepada pemberita di Canberra.

“Ketika saya ditanya tentang perkara itu semalam saya merujuk kepada kenyataan bahawa Britain, sebagai contoh, meneruskan pilihan untuk mengumumkan bahawa Keluarga Diraja tidak akan menghadiri Piala Dunia, tetapi Australia tidak mempertimbangkan untuk boikot.”

Amerika Syarikat pada hari Isnin berkata ia akan mengusir 60 diplomat Rusia. Secara keseluruhan, 100 diplomat dikeluarkan, dan ini adalah antara pengusiran Barat terbesar sejak Perang Dingin terjadi.

Bishop juga berkata Australia telah mengambil “tindakan yang patut” dengan penghapusan dua diplomat Rusia itu.

“Ini adalah perkaran yang patut untuk menghantar mesej yang sangat kuat atas tindakan Rusia dan mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya”.

Persekutuan Bola Sepak Australia berkata pada hari Selasa bahawa setakat ini, pasukan Socceroos mereka akan berada di Rusia pada bulan Jun. – Reuters

Foto Kredit: GQ Australia