Kemenangan selesa 4-1 ketika bertemu pasukan tercorot Ireland membolehkan mereka mengumpul 12 mata sekali gus selasa berada di kedudukan teratas tanpa boleh di cabar oleh mana-mana pasukan lagi.

Apa jua keputusan perlawanan terakhir ketika bertemu Argentina esok, ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Australia sebaliknya Argentina yang wajib menang untuk menjamin tempat di perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Satu lagi slot untuk ke perlawanan akhir masih terbuka kepada pasukan Argentina, Malaysia dan England untuk layak dengan syarat mereka perlu menang perlawanan terakhir esok.

Untuk rekod, pasukan nombor 1 dunia, Australia tidak pernah terlepas bermain dalam permainan akhir bermula dari tahun 2013 hingga 2018. Dalam empat perlawanan akhir sebelum ini, Australia berjaya muncul juara dua kali dan naib johan dua kali dan tahun ini mereka memburu kejuaraan ketiga dalam tempoh 5 tahun.

Perlawanan akhir akan berlangsung 10 March pada waktu 8.30pm yang diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah di Ipoh.

Foto Kredit : Piala Sultan Azlan Shah