Connect with:




Barisan pemain bola jaring Kebangsaan mempamerkan aksi yang positif walaupun terpaksa akur di tangan Swaziland 50-67 dalam perlawanan ketiga Piala Negara-negara di Arena OCBS Singapura, semalam.

 

Menurut jurulatih sementara, Kon Lee, dia berasa bangga akan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya kerana semangat melawan yang kental walaupun antara kalangan mereka terdiri daripada pemain remaja.

 

Koh Lee adalah pengendali sementara skuad bola jaring kebangsaan selepas badan induk sukan itu masih mencari pegganti jurulatih yang baharu daru Australia.

 

Bagi perlawanan keempat, Malaysia dijadualkan akan bertemu seteru utama, Singapura hari ini selepas kali terakhir bertemu di perlawanan akhir Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lalu.

 

Banyak kejayaan yang dikecapi oleh skuad bola jaring kebangsaan tahun demi tahun yang telah menaikkan nama dan mutu sukan bola jaring di Malaysia.

 

Berikut adalah senarai kejayaan yang telah digapai oleh skuad bola jaring Kebangsaan;

 

  1. Pingat perak, Sukan Sea Singapura 2015
  2. Pingat emas, Sukan Asia 2016, Bangkok, Thailand
  3. Juara, Malaysian Invitational Kuala Lumpur 2017.
  4. Pingat emas, sukan Sea Kuala Lumpur 2017
  5. Menduduki tangga ke-20 dunia.
  6. No 1 kedudukan Asia Tenggara.