atm

ATM FA mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang menggunakan jenama Macron sebagai jersi rasmi pasukan pada musim 2013 ini.

Menurut Pengarah Urusan Macron bahagian Asia Tenggara, Azman Mohamad, syarikatnya memilih ATM berdasarkan pencapaian cemerlang mereka pada musim lalu.

“ATM merupakan pasukan yang kuat. Jadi saya percaya memilih ATM adalah keptusan yang tepat dan diharap mereka dapat meneruskan persembahan cemerlang mereka untuk musim baru nanti” katanya.

Azman ditemui ketika menandatangani majlis persefahaman (MoU)  antara syarikatnya dan ATM yang berlangsung di Hotel Quality, Shah Alam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata penajaan ini satu penghormatan buat ATM yang kini ditaja jenama terkenal bertaraf antarabangsa.

“Ini permulaan era kebangkitan The Gladiators dan kita berterimaksih kepada Macron diatas kesudian mereka menjadi ‘duta jenama’ ATM di rantau ini”.

Bagi Presiden ATM FA, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, penajaan ini pasti menyuntik semangat terbaik buat pasukan itu dalam usaha menangani cabaran sukar dalam kempen liga terutamanya untuk aksi Piala Sumbangsih sebagai pembuka tirai Sabtu ini.

“MoU ini bukti komitmen ATM untuk mencipta kejutan sepanjang kempen kejuaraan Liga Malaysia musim 2013 ini” tambah Zulkifli.

Macron merupakan syarikat pengeluar barangan sukan berpengkalan di Itali yang menjadi penaja jersi rasmi beberapa pasukan ternama eropah seperti Lazio, Napoli, West Ham dan Aston Villa.