Connect with:




Misi Juventus bersama bintangnya, Cristiano Ronaldo untuk menggenggam Liga Juara-Juara agak terkucil sedikit selepas Atletico Madrid membolot kemenangan 2-0 pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir yang berlangsung di Wanda Metropolitano.

Perlawanan pertama menyaksikan Atletico Madrid dan Juventus mempamerkan aksi cemerlang dengan penolong pengadil video (VAR) terpaksa mencelah dua kali yang memihak Juve apabila membatalkan penalti kerana kekasaran terhadap Diego Costa dan kemudian menafikan tandukan Alvaro Morata sebaik sebelum Gimenez meledak gol pada minit ke-78.

Selang lima minit kemudian, Atletico sekali lagi menggandakan kemenangan menerusi Diego Godin sekaligus mematikan kebangkitan Juventus hingga akhir perlawanan.

Atletico bagaimanapun diingatkan agar tidak terlalu berlebihan meraikan kemenangan ini.

“Ini permulaan yang bagus untuk kami, tapi tugas belum selesai, masih ada baki 90 minit  lagi di Turin, kami harus tenang dan mempersiapkan diri dengan lebih baik,” katanya.

Pasti cabaran sengit menanti kami nanti,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Dalam pada itu, pengurus Juventus menyifatkan kekalahan pertama sebagai motivasi untuk anak buahnya bangkit dalam aksi timbal balik.

“Mujurlah kami tidak melepaskan gol ketiga,” kata bos Juventus, Massimiliano Allegri.

“Kerana 2-0 satu adalah keputusan yang boleh ditangani. Kami belum tersingkir lagi.”

Sementara itu, perlawanan timbal balik bakal berlangsung di Allianz Stadium, Mac depan.

Foto: AFP