Connect with:




Atletico merampas UEFA Super Cup daripada Real Madrid apabila dua pasukan jiran itu dipisahkan dengan jaringan 4-2 dalam aksi yang berlangsung di A. Le Coq Arena, Tallinn semalam.

Diego Costa terlebih dahulu meletakkan pasukannya dihadapan dengan jaringan pada minit pertama perlawanan sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Sepakan penalti Sergio Ramos memberi kelebihan sementara buat Los Blancos sebelum Atletico pula bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-79 sekali lagi melalui Costa.

Saul dan Koke memastikan Real kecewa apabila menjaringkan gol pada masa tambahan pada minit ke-98 dan 104.

Real Madrid yang baru sahaja kehilangan senjata utama, Cristiano Ronaldo berikutan perpindahannya ke Juventus amat memberi kesan mendalam pada persembahan mereka dalam misi mempertahankan kemenangan Piala Super Cup UEFA sebelum ini.

Anak didik bekas jurulatih Sepanyol yang dipecat Jun lepas, Julen Lopetegui yang kini mengendalikan Real Madrid tampak lebih kuat berbanding Atletico dalam perlawanan itu tetapi gagal menggunakan kelebihan tidak seperti ketika dikendalikan Zidane yang bijak mengatur strategi perlawanan walaupun beraksi di bawah kemampuan sebenar.

Sementara itu, Real akan menerima kunjungan Getafe dalam perlawanan pertama La Liga pada Ahad ini.

 

Foto Kredit: Atletico De Madrid