Connect with:




Ketika Sukma 2004 yang berlangsung di Negeri Sembilan, dua nama perenang telah menggegarkan persada sukan tanah air selepas masing-masing cemerlang menggondol pingat emas.

Daniel Bego – nama yang tak perlu diperkenalkan lagi telah mencuri tumpuan selepas meraih 7 pingat emas dalam acara renang.

Seorang lagi perenang yang menempa nama ialah Cindy Ong. Atlet dari Perak ini memenangi enam pingat emas termasuk memecahkan 5 rekod kebangsaan pada temasya tersebut sekaligus diangkat sebagai atlet wanita terbaik Sukma 2004.

Selepas 16 tahun, Daniel kini bertugas sebagai jurulatih buat skuad renang Wilayah Perseketuan.

Bagaimana pula dengan Cindy?

Bagi ibu kepada 3 orang anak yang berusia 36 tahun ini, beliau masih aktif menyertai kejohanan kompetitif peringkat Master Swimming iaitu renang bagi peringkat umur dewasa.

Pada 2019, Cindy menjadi wanita pertama Malaysia muncul juara di Kejohanan Renang Master Dunia di Gwangju. Kejayaan tersebut bukan kejayan yang biasa kerana ia adalah pencapain luar biasa dimana Cindy yang juga adik kepada bekas jaguh renang negara, Allen Ong telah menenangi 5 pingat emas selain 1 perak untuk kategori umur 35-39 tahun.

Ikuti temubual Dunia Sukan bersama Cindy yang baru-baru ini dilantik menjadi duta kepada jenama pakaian renang terkemuka, Speedo.

https://www.instagram.com/tv/CJaanf4H90E/?igshid=b90rmbg807bm