Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengumumkan Atlet rejam lembing Paralimpik, Abdullah Hayayei meninggal dunia selepas dihempap tiang besi ketika menjalani latihan di London.

Atlet Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berusia 36 tahun itu berlatih di timur London sebagai persiapan Kejohanan Dunia yang akan berlangsung Jumaat ini.

Menurut laporan dari pihak polis Metropolitan, dia dihempap tiang besi yang merupakan sebahagian dari kemudahan pusat latihan.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang semalam (12 tengah malam rabu waktu tempatan)

Abdullah disahkan meninggal dunia pada jam 5.20 petang.

Presiden IPC, Sir Philip Craven ketika mengulas mengenai kejadian tersebut ternyata terkejut dengan berita kematian Abdullah.