Connect with:




Pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, Denis Ten maut apabila ditikam 2 kali oleh individu yang disyaki mahu mencuri cermin keretanya di  Almaty, semalam.

Atlet kebangsaan Kazakhstan itu dikejarkan ke hospital selepas kejadian namun disahkan meninggal dunia 3 jam kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Denis yang pernah memenangi pingat dua kali di Olimpik Musim Sejuk merupakan atlet kebanggaan negaranya dengan melakukan debut pada Vancouver 2010 dan seterusnya memenangi pingat pada Sochi 2014.

Foto kredit: SI(dot) com