Petaling Jaya : Tamparan hebat buat atlet gimnas berirama negara selepas kemenangan bergaya mereka di Sukan SEA 2017.

Izzah Amzan, Amy Kwan Dict Weng dan Ng Jia Wen pulang dengan tangan kosong selepas tewas di Aeon Cup di Tokyo Sabtu lepas. Kejohanan tersebut juga dihadiri oleh kelab-kelab terkemuka serata dunia seperti Uzbekistan, Russia,Canada dan England.

Duo Malaysia, Amy dan Izzah menang dua emas dari enam emas yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2017 sekaligus Malaysia merangkul kesemua enam emas dalam temasya tersebut pada Ogos lalu.

Namun, di Tokyo, mereka sekadar mendapat tempat keenam dengan hanya 157.800 mata berbanding Rusia (201.950), Uzbekistan (176.750) dan Jepun (174.050) menduduki tiga tempat teratas.

Acara di Tokyo ini diibaratkan latihan sebelum ke Sukan Komanwel di Gold Coast Australia, April tahun depan.

Foto Kredit: Twitter @KL2017