Hanya berbaki tidak sampai 3 bulan lagi, acara paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Piala Dunia akan berlangsung di Rusia.

Bagi peminat bolasepak di Malaysia, tempoh tersebut bakal menyaksikan kebanyakan dari kita akan “menukar kewarganegaraan” sekejap menjadi warga Brazil, Argentina, Jerman, England dan negara-negara lain (kecuali Belanda dan Itali, jangan menangis ya penyokong pasukan ni).

Astro seperti biasa sebagai penyiar rasmi Piala Dunia di Malaysia akan menayangkan kesemua 64 perlawanan secara live kepada seluruh penonton di Malaysia. Menariknya, Astro mengatakan edisi kali ini adalah untuk semua dan tidak terhad kepada pelanggan Astro sahaja.

Apa maksudnya?

Untuk memberi lebih kefahaman kepada pembaca, kami membahagikan penonton Pisla Dunia kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama adalah pelanggan Astro yang telah pun melanggan pakej ‘Pek Sukan Astro’, ‘Superpack’ dan ‘Superpack Plus’, anda boleh menonton terus di kaca televisyen di samping berpeluang memenangi trip ke Rusia menerusi peraduan Astro Circle yang bermula 6 Mei nanti.

Kumpulan kedua pula adalah kategori pelanggan Astro yang tidak melanggan pakej-pakej yang disebutkan di atas serta pengguna NJOI. Mereka boleh menonton semua perlawanan secara langsung di peranti digital dengan kadar bayaran RM 100 menerusi applikasi Astro Go.

Bagi yang tidak memiliki piring Astro, atau bukan pelanggan Astro dan bukan pengguna NJOI, jangan risau, anda selaku kumpulan ketiga juga berpeluang menonton siaran langsung Piala Dunia juga menerusi applikasi Astro Go.

Untuk kumpulan ini, anda perlu membayar RM120 untuk PASS PIALA DUNIA yang membawakan kesemua 64 perlawanan. Jika anda seorang penyokong England yang hanya mahu menonton perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan sahaja (kerana yakin England bungkus awal), boleh ambil PASS PERINGKAT KUMPULAN. Jika anda jenis yang memilih untuk menonton perlawanan tentu, PASS PERLAWANAN adalah sesuai untuk anda. Dan jika anda hanya akan menonton bersungguh sungguh Piala Dunia bermula peringkat kalah mati, PASS PERINGKAT KALAH MATI juga ada ditawarkan.

Untuk PASS KUMPULAN, PERLAWANAN DAN KALAH MATI, harga yang ditawarkan hanya akan diberitahu pada 7 Jun nanti.

Satu lagi perkara menarik dengan pakej piala dunia di Astro Go ini ialah anda boleh merasai pengalaman Virtual Reality seperti berada di Rusia (khusus buat pelanggan Astro dan NJOI sahaja).

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman www.astro.com.my/wc2018