Kerjasama yang mantap antara Aston Martin dan Red Bull Advanced Technologies sebelum ini telah menampakkan hasil apabila Aston menjadi penaja utama Red Bull pada musim 2018.
Aston dan Red Bull telah berkerjasama sejak awal musim F1 2016 dan telah membangunkan ‘hypercar’ yang digelar Valkyrie.

Perjanjian baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara dua pihak ini. Pembabitan Aston Martin dalam industri menimbulkan tanda tanya sama ada mereka akan berkecimpung dalam bahagian pembuatan enjin Re Bull kereta F1.


“Kami menyukai sukan F1, kami juga ingin sejajar bersama Ferarri. Tapi bukan bererti kami akan meniru semua yang dilakukan Ferrari. Tapi itu satu idea yang menarik untuk bersama Red Bull dalam kejohanan F1”, kata CEO Aston Martin, Andy Palmer.

“Perbincangan tentang kuasa enjin mungkin suatu yang menarik. Kami tidak akan memasuki perang enjin dengan tiada sekatan dalam kos atau jam  dynamometer tetapi kami percaya bahawa jika FIA boleh mewujudkan persekitaran yang betul, kami akan berminat untuk terlibat”. katanya

Aston Martin dan Red Bull akan mendirikan Advanced Performance Centre yang akan dibuka di Milton Keynes tahun ini. Advanced Performance Centre tersebut akan membuka 110 peluang pekerjaan buat jurutera kereta baru Aston Martin.

Segala perancangan antara dua pihak membolehkan mereka menghasilkan teknologi baik sama ada di atas litar atau pun jalanraya. Malah, ada ura-ura mengatakan Aston dan Red Bull akan menukar nama bagi musim 2018 menjadi “Aston Martin Red Bull Racing Team”.

Foto Kredit: Redbullracing(dot)com