Jenama prestasi sukan yang sebenar ASICS memperkenalkan mesej jenama global yang baharu, identiti, konsep penjualan serta pengakitfan jenama berintegrasi yang lebih ulung – sebagai salah satu inisiatif pemasaran jenama yang paling unggul dalam sejarah 25 tahun ASICS.

Pembaharuan ini dilancarkan di London dengan tujuan untuk menggerakkan dunia, dari setiap bandar ke setiap bandar. Ini menandakan satu peristiwa penting bagi ASICS dimana jenama tersebut menyampaikan eskpresi kontemporari dari visi asas dan falsafahnya kepada generasi baru pelanggan dengan tujuan membawa orang ramai bersama dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih sihat, bahagia dan bertenaga melalui sukan.

Identiti jenama yang baharu ini dicipta bersempena dengan Rekaan Bruce Mau, yang merupakan pembaharuan jenama ASICS yang paling unggul semenjak logo lingkaran ASICS diperkenalkan pada tahun 1992. Mesej ASICS yang terbaharu I MOVE ME menekankan falsafah yang dipegangkan oleh ASICS 70 tahun lalu dimana jenama tersebut mempercayai hubungan antara minda dan badan yang cergas, dan telah direka untuk memberi inspirasi kepada manusia dari semua peringkat umur dan kebolehan untuk bergerak lebih cergas bagi menikmati manfaat senaman dari segi fizikal dan mental.

Hasil kreatif I MOVE ME, yang dibangunkan oleh Saatchi & Saatchi LA, diumumkan sekitar London, UK, bermula 31 Julai melalui papan iklan besar dan papan tanda stadium yang bertepatan dengan Kejohanan Dunia Persatuan Antarabangsa Persekutuan (IAAF) 2017, di mana ASICS merupakan rakan kongsi rasmi. Hasil kreatif ini kemudiannya dilancarkan di peringkat antarabangsa.

Visual dan kandungan yang digunakan memberi kesan bermakna apabila ASICS menggunakankan orang biasa untuk mendemonstrasi impak positif yang berlaku di dalam kehidupan mereka melalui pergerakan ini.

Pengenalan ini juga bertepatan dengan pembukaan gedung utama terbesar ASICS di seluruh dunia yang berada di Regent Street, London, pada 2 Ogos lepas. Gedung terbaharu ini akan membolehkan pengguna mendapatkan kesemua empat jenama ASICS di bawah satu bumbung buat kali pertamanya.

“Selama 70 tahun yang lalu, kami membina sebuah jenama bermutu dengan tujuan seperti yang dipegang di dalam jenama kami iaitu; Anima Sana In Corpore Sano, yang bermaksud minda yang cergas dalam badan yang cergas. Kini, kami amat bangga dapat merealisasikan tujuan tersebut kepada kenyataan melalui pembaharuan pemasaran,” jelas Paul Miles, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Pemasaran Global, ASICS Corporation.

“Ini adalah salah satu latihan jenama yang paling penting pernah kami laksanakan konsep kreatif yang membawa jenama serta pelanggan kami bersama dan inisiatif ini tidak pernah dilakukan sebelumnya. Ini
merupakan salah satu pendekatan yang tujuannya dipercayai oleh kami, dan ianya lebih daripada sekadar kempen jenama, ia adalah misi untuk menggesa orang untuk bergerak.”

Pembaharuan ini dibawa menjadi kenyataan di dalam ASICS yang pertama sekali bersepadu dengan komunikasi pengguna yang membawa wawasan jenama ASICS lebih dekat kepada pengguna. #IMoveLondon merupakan yang pertama dari kebanyakkan manifestasi setempat daripada inisiatif I MOVE ME. Kempen ini mengetengahkan penyelidikan tempatan yang mendapati bahawa dengan melakukan lebih banyak pergerakan dapat memberi kesan positif dengan mengatasi tekanan gaya hidup bandar.

Seb Coe, Presiden IAAF berkata, “Dengan Kejohanan Dunia IAAF yang berlangsung di London dari 4 hingga 13 Ogos, ianya amat penting untuk menjadikan tuan rumah lebih banyak bergerak.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan ASICS dalam kempen yang akan menggalakkan penduduk London untuk melakukan senaman semasa menjalani kehidupan harian mereka – walaupun selepas Kejohanan telah selesai.”

Kempen #IMoveLondon direka untuk membantu memberi inspirasi kepada para penduduk London untuk menukarkan dari rutin perjalanan harian mereka kepada sesuatu yang menglibatkan pergerakkan di luar. #IMoveLondon akan berjalan pada masa yang sama apabila bandar London menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Dunia IAAF dan menggalakkan penumpang menukarkan tiket kereta api mereka dengan sepasang kasut untuk bergerak lebih cerdas.

Kempen ini yang dibangunkan oleh Edelman, menggabungkan penyelidikan, komunikasi pengguna, acara dan tajaan atlet, perkongsian media, penglibatan pengaruh, media sosial, kandungan digital, media berbayar, CRM, laman web kempen dan pengaktifan pengalaman.

Program dan pengalaman yang dilangsungkan di London adalah permulaan satu siri inisiatif tempatan yang akan dilancarkan ke seluruh bandaraya di seluruh dunia pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut mengenai I MOVE ME, sila layari ASICS di asics.com/imoveme atau ikuti #IMoveMe di saluran sosial kami.