ASICS GEL-BLADE 6, kasut gelanggang baharu berprestasi tinggi, memberikan teknologi berprestasi yang kritikal dalam mempertingkatkan taraf permainan seseorang dalam sukan badminton dan juga sukan gelanggang lain.

Kasut versatil ini menawarkan IGS ASICS (Impact Guidance System) proprietari yang mendorong penggerak semula jadi kaki, memastikan pergerakan yang lebih pantas dan cekap di dalam gelanggang.

Sistem Penyerapan kaki belakang GEL memberikan platform yang lembut untuk penyerapan yang lebih baik manakala ASICS High Abrasion Rubber (AHAR) menawarkan daya tahan yang lebih panjang.

EDISI KHAS ASICS GEL-BLADE 6 kini boleh didapati dalam kuantiti terhad di butik-butik ASICS terpilih dengan harga RM 379 sepasang. ASICS GEL-BLADE 6 juga merupakan kasut rasmi untuk ASICS Badminton Championship 2017 (ABC 2017) yang akan dilangsungkan pada 13 – 15 Oktober 2017.

Peserta berdaftar ABC 2017 akan menerima diskaun eksklusif RM50 apabila mereka membeli sepasang ASICS GEL-BLADE 6 di mana-mana 3 butik ASICS: ASICS Sunway Pyramid, ASICS AEON Shah Alam dan ASICS Sunway Velocity. Promosi istimewa ini sah dari 22 Julai hingga 29 September 2017.