ASICS melancarkan satu edisi kasut jarak jauh baru yang paling popular iaitu GEL-NIMBUS 20 bagi meraikan hampir dua puluh tahun. Kasut ini adalah model paling ringan dalam sejarah GEL-NIMBUS dan direka khusus untuk para pelari – sama ada ia adalah larian batu pertama atau keseratus.

Seperti teknologi GEL dalam kasut, larian kian berubah – Menepis pandangan orang ramai terhadap tanggapan sebagai seorang pelari. Kasut GEL-NIMBUS 20 yang baru direka dengan keselesaan kusyen dan ringan yang bertujuan mewujudkan prestasi terbaik pelari dari mula hingga tamat.

Kini, GEL-NIMBUS menerajui model kusyen terutamanya untuk pelari neutral dan ‘underpronators’, penuh dengan pelbagai teknologi prestasi ASICS.

Kusyen unggul yang terdapat pada GEL-NIMBUS 20, penyerapan yang mengujakan dan rasa ringan pada setiap langkah untuk GEL-NIMBUS 20 menghasilkan tapak tengah FlyteFoam yang dipatenkan dengan Teknologi GEL.

Direka untuk pelari pada setiap lapisan, GEL-NIMBUS 20 memaparkan struktur Gradient Jacquard Mesh yang baru, dilapisi dengan cetakan 3D strategik yang direka untuk mengenggam dengan lancar dan menyokong kaki sepanjang larian. Ciri baru di bahagian atas juga memberi padanan yang sesuai kepada kaki dan pengudaraan untuk pelari pada setiap langkah.

Pengurus Besar, Kasut Larian Berprestasi Global, ASICS Corporation, Gerard Klein berkata, “GEL-NIMBUS adalah kasut yang hampir 20 tahun dalam sejarah. Sejak debutnya pada tahun 1999, GEL-NIMBUS telah berjaya menyampaikan harapan terbaik pelari dan membantu mereka mencapai prestasi terbaik individu mereka. GEL-NIMBUS sememangnya direka untuk menawarkan kusyen yang unggul tanpa berat yang berlebihan kepada pelari. Malah, Nimbus bermaksud “awan” dalam bahasa Latin. Matlamat kami dengan GEL-NIMBUS secara literal adalah untuk membuat pelari merasa sangat ringan dan selesa, seakan mereka berlari di atas awan. Setiap tahun ASICS menaikkan aspirasinya lebih tinggi, dan kami akan terus mengusahakan inovasi dan membangunkan siri GEL-NIMBUS. ”

Ciri-ciri GEL-NIMBUS 20 termasuklah:

· I.G.S (Impact Guidance System)
· FlyteFoam Midsole –bottom layer
· SpEVA Midsole –top layer
· Plus 3 and Gender Specific Cushioning (untuk model Wanita)
· GUIDANCE LINE
· TRUSSTIC System
· Visible Rearfoot and Forefoot GEL
· SpEVA Lasting
· FluidFit Upper with Gradient Jacquard Mesh
· Outsole Forefoot: AHAR Sponge, Rear foot: AHAR PLUS Rubber
· X-40 Ortholite Sockliner
· External Counter
· 3M Reflectivity

Stokis: Butik ASICS
RRP: RM649

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk, tonton video di https://youtu.be/3XNC6Qslfno dan sila lawati: asics.com/nimbus.