Berlari biasanya boleh memenatkan seseorang, maka ianya sangat penting untuk memastikan kasut yang digunakan untuk larian tersebut bukan sahaja sesuai dengan kaki pelari tersebut, tetapi juga muat dengan selesa. Kesilapan paling biasa yang dilakukan oleh pelari sewaktu pembelian kasut larian ialah pemilihan kasut yang berdasarkan trend, warna, model terbaru dan diskaun atau harga terendah yang tersedia.

Seorang pelari seharusnya melihat pada penyelidikan dan pembangunan yang telah dilakukan untuk mereka kasut tersebut. Proses untuk mencari kasut larian yang sesuai boleh menjadi agak sukar. Bagi mengenal pasti jenis kaki dan gaya larian, sistem ASICS FOOT ID dapat membantu.

Apakah itu ASICS FOOT ID?

Sistem proprietari ASICS FOOT ID merupakan teknologi maju pertama di Malaysia. Ia menawarkan ukuran statik dan dinamik, termasuklah analisa bentuk kaki dan kitaran gaya berjalan, ianya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sistem butik pengguna yang lain. Kakitangan ASICS yang profesional dan terlatih sentiasa bersedia untuk melakukan analisa sistem ASICS FOOT ID untuk pelanggan dan memberikan nasihat kepada pengguna bagi memperbaiki prestasi mereka dengan pemahaman gaya berlari dan pemilihan kasut yang betul.

ASICS FOOT ID menawarkan dua jenis komponen iaitu statik dan dinamik. Komponen statik FOOT ID terdiri daripada mesin pengimbas kaki 3D yang dilengkapi dengan 4 laser dan 8 kamera. Ia menawarkan ukuran kaki yang sangat tepat, sehingga ke milimeter dalam masa beberapa saat sahaja. Langkah pertama dalam menggunakanya ialah pengukuran bentuk dan struktur tulang kaki pelari dalam posisi berdiri. 7 ukuran kedua-dua belah kaki diambil, termasuklah panjang kaki, ball girth, instep, ketinggian arch, lebar dan sudut tumit , serta sudut kaki.

Sistem kemudian akan mengira dan menganalisa bahagian sentuhan kaki dengan permukaan dan menghasilkan sudut tumit dua dimensi dari arah belakang. Manakala komponen dinamik FOOT ID dimana pengguna harus berlari di atas treadmill akan merakamkan bahagian belakang kaki, perisian proprietari dan kasut ujian direka khas yang dilengkapi dengan penanda untuk analisa pergerakan yang tepat.

Sebagai langkah pertama untuk komponen dinamik, kamera akan digunakan untuk merakam pergerakan pelari di atas pengisar injakan. Pelari akan memakai kasut (neutral) yang dicipta khas bagi menghasilkan impak paling minima untuk pergerakan semula jadi, membolehkan analisa gaya berlari yang lebih baik. Kakitangan ASICS kemudiannya menentukan rotasi kaki pada fasa rata kaki dan titik penemuan permukaan semasa kitaran gaya berjalan.

Pengiraan sistem ini berdasarkan kaedah proprietari ASICS yang direka khas untuk membolehkan penentuan terbaik jenis gaya berjalan individu (pelari neutral, underpronator, overpronator) kepada kasut daripada rangkaian produk ASICS.

Tidak kira sama ada statik, dinamik mahupun kedua-duanya – data berharga yang dikumpul dalam sistem ASICS FOOT ID dan kakitangan ASICS yang dilatih khas akan mengesyorkan kasut larian ASICS peribadi dengan padanan yang sesuai dengan kaki pelari.

Pemilihan kasut amat penting bukan sahaja untuk prestasi larian malah demi kesihatan kaki itu sendiri. Jika kasut larian muat pada kaki dengan sempurna, pelari dapat menikmati larian jarak jauh mereka dengan lebih baik. Perkhidmatan ASICS FOOT ID menggunakan pendekatan dua kali ganda untuk mencapai matlamat ini. Dengan sistem ukuran statik dan dinamik, ASICS FOOT ID merekod dan menilai data pada dua tahap tersendiri, membolehkan keselamatan berganda untuk pembeli.

ASICS FOOT ID menggunakan perisian ASICS Running Services – pendekatan berasaskan sains yang menawarkan pandangan dan pengalaman mengenai semua aspek larian. Dilengkapkan dengan pemilihan produk dan peningkatan prestasi. Ia menawarkan sistem analisa terperinci yang dilengkapi dengan rangkaian kasut larian secara ideal. Ia direka khas untuk membantu pelari membuat keputusan dalam pencarian kasut larian ASICS yang sempurna berasaskan maklumat berdasarkan ciri-ciri peribadi kaki.

Secara kesimpulannya, sistem ASICS FOT ID meneraskan komitmen ASICS dalam membolehkan pelari untuk mencari kasut yang paling sesuai bagi memaksimumkan potensi mereka. Ianya percuma dan boleh didapati di butik-butik ASICS terpilih seperti 1Utama, Sunway Velocity dan AEON Shah Alam.