Asia Dream Cup ibarat mimpi menjadi kenyataan buat para pelumba muda di sekitar Asia untuk mengasah bakat dan membuktikan kemampuan mereka pada perlumbaan Asia Road Racing Championship pusingan pertama yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Menggunakan jentera Honda CBR250R, kesemua 16 pelumba dari Negara-negara Asia yang dipilih akan bersaing sesama sendiri untuk merebut piala Asia Dream Cup berserta tiket wildcard untuk bersaing pada moto GP musim 2013.

Pengurus Honda Motor Co. Ltd. Motorsports, Hiroyuki Fujiwara berkata pelumba terbaik bagi musim 2012 dari segi keputusan yang diperolehi, kelakuan, kebolehan, dan berdisiplin tinggi akan mendapat slot wildcard.

“Selagi mereka(pelumba-pelumba muda) boleh membuktikan kehebatan dan kebolehan mereka, pihak kami akan membantu mereka untuk membuat penampilan dalam perlumbaan Moto GP”,katanya.

Pengurus Promosi Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg memberitahu tujuan utama penganjuran perlumbaan ini adalah untuk membina satu platfom dimana pelumba-pelumba berbakat disekitar Asia boleh bersaing disamping mengasah bakat-bakat baru sukan permotoran.

“Untuk melatih pelumba bertaraf antarabangsa, kami memerlukan class Supersports 600cc, tetapi untuk melatih dari peringkat awal ke peringkat 600cc bukanlah sesuatu yang mudah”.

“Kita dapat melihat bagaimana pelumba terbaik 600cc negara seperti Mohd Zamri Baba dan Azlah Shah yang mengambil masa hampir 3 tahun untuk mengasah bakat mereka dan menyesuaikan diri dengan motor berkuasa besar ini.”katanya.

Sementara itu, Malaysia juga akan diwakili oleh dua pelumba muda iaitu Sasitharen Sukumaran dan Mohd Fitri Ashraf Razali.

Perlumbaan Asia Dream Cup ini terdiri daripada 2 tahap iaitu Supersports 600cc dan Underbone 115cc.

Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi venue pertama kejohanan sebelum perlumbaan akan akan diteruskan ke 5 negara asia yang lain termasuk Indonesia, China, Jepun, Taiwan, dan Qatar.