Connect with:




Kelab Ragbi ASAS (Asas RC) mendapat suntikan semangat menjelang perlawanan pertama Liga Putrajaya 2018 selepas menerima tajaan dari DZB Group.

DZB Group selaku penaja utama pasukan telah bersetuju untuk menaja pasukan bagi musim 2018 dengan tumpuan utama adalah untuk saingan iga Putrajaya dan juga Liga Premier Ragbi Malaysia.

Pada Rabu, satu majlis menandatangani perjanjian (MOU) dan penyerahan cek diantara ASAS RC dan DZB Group telah diadakan.

Pada majlis ini, ASAS RC diwakili
Encik Mohd Zaki Bin Shahran ,sementara DZB Group diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ariff Firdaus. Majlis turut disaksikan oleh Dato’ Hj.Zabir Bin Bajuri selaku Pengerusi Eksekutif DZB Group.

Menurut Ariff Firdaus, berdasarkan persembahan mantap ASAS RC yang mara ke final Liga Premier Malaysia tahun lalu, beliau percaya pasukan Kelab Ragbi ASAS akan terus menyinar pada musim 2018 dan DZB Group sangat berbangga untuk menaja pasukan ini.

Sementara itu untuk musim 2018, ASAS RC mensasarkan gelaran juara bagi kedua-kedua kejohanan yang disertai iaitu Liga Putrajaya dan juga Liga Premier Malaysia.

“ASAS RC ingin mengucapkan terima kasih kepada DZB Group atas penajaan ini. Kami akan sedaya-upaya berusaha mencapai sasaran utama bergelar juara untuk kedua-dua kejohanan musim ini” kata Zaki.

ASAS RC akan memulakan perlawanan pertama Liga Putrajaya menentang pasukan MIAT Falcons pada Sabtu, 24 Februari 2018, jam 3 petang, di padang ragbi Alamanda Putrajaya 2018.