Disebabkan seorang perokok, tiga perlawanan kejohanan badminton Masters Malaysia yang sedang berlangsung dihentikan serta-merta.
Malah, para penonton juga diarahkan untuk mengosongkan Axiata Arena.
Pusingan kedua kejohanan badminton Malaysia Masters 2019 di Axiata Arena tergendala ketika ini selepas amaran kecemasan dikeluarkan oleh pihak stadium.
Pemain dan penyokong di dalam stadium diarahkan mengosongkan kawasan stadium pic.twitter.com/hbLHOmhAaJ
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 17, 2019
Laporan Berita Harian menyebut kejadian yang berlaku pada pukul 3 itu difahamkan berpunca daripada asap rokok dalam sebuah bilik di venue pertandingan yang menyebabkan penggera kecemasan berbunyi.
Situasi tersebut kemudian ya berjaya dikawal sebelum aksi perlawanan disambung semula.