Connect with:




 

AS Roma sekali lagi mempamerkan kejutan dengan melakukan kebangkitan apabila mencatat kemenangan 4-2 ke atas Liverpool namun ia belum cukup untuk menyekat Liverpool yang ke pentas akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan dengan argegat 7-6.

Sadio Mane terlebih dahulu membuka jaringan untuk Liverpool pada minit ke-9 dan As Roma menyamakan kedudukan apabila pemain Liverpool, James Milner menjaringkan gol sendir minit ke-15 sebelum Georginio Wijnaldum kembali meletakkaan Liverpool di depan pada minit ke-25.

Separuh masa kedua AS Roma tampak lebih garang dalam usaha mencari gol dan mereka berjaya memperoleh tiga gol menerusi Edin Dzeko minit pada minit ke-52 dan Radja Nainggolan minit ke-86, m’94.

AS Roma yang turun dalam misi ingin mengulang keajaibpan seperti mana mereka lakukan ke atas Barcelona hampir-hampir menjadi kenyataan dalam perlawanan separuh akhir UCL kedua awal pagi tadi namun nasib ternyata lebih memihak kepada Liverpool.

Perlawanan akhir nanti akan menemukan antara juara bertahan UCL, Real Madrid akan menentang Liverpool pada 27 Mei yang akan diadakan di Olimpiyskiy National Sports Complex.

Foto Kredit : ahram online