Connect with:




Arsenal melangkah ke saingan 16 terakhir Liga Europa walaupun tewas mengejut kepada kelab kerdil, Ostersunds 2-1 di laman sendiri dalam aksi kedua selepas mengumpul agregat 4-2.

Pada aksi pertama minggu lalu, Arsenal mudah menundukkan lawan dengan kemenangan 3-0 namun dalam saingan awal pagi tadi kelab Liga Perdana Inggeris itu dikejutkan dengan kebangkitan dipamer oleh kelab kerdil Sweden itu menerusi dua jaringan awal di Emirates.

Ostersunds wajar diberikan pujian kerana mempamerkan aksi yang berkualiti dan persembahan berani mereka apatah lagi bermain di Emirates.

Jurulatih Ostersunds, Graham Potter berkata, beliau berasa kagum dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

“Kami mendahului dengan 2-0 dan merasakan peluang memihak kepada kami.

“Dalam perlawanan tersebut kami bermain dengan sangat baik dan berjaya memenangi perlawanan, namun masih perlu banyak keajaiban,” katanya.

Dua gol awal Ostersunds dijaringkan oleh Aiesh pada minit ke-22 dan Sema pada minit ke-23 manakala jaringan tunggal Arsenal sewaktu perlawanan itu dijaringkan Kolasinac pada minit ke-47. – AFP

Foto kredit : mirror(dot)co(dot)uk