Tidak sampai seminggu, mereka bertemu sekali lagi dengan harapan Arsenal akan kembali bangkit selepas kecewa dalam perlawanan akhir Piala Liga namun ternyata, Manchester City berada di kelas tersendiri untuk mrngajar Arsenal cara bermain bola sepak era moden.

Skuad Pep Guardialo tiada masalah besar tunjuk mencatat kemenangan selesa keatas Arsenal 3-0 dalam saingan EPL yang berlangsung Stadium Emirates malam tadi.

Biarpun bermain di halaman sendiri, Arsenal masih gagal memanfaatkan kelebihan itu sebaliknya Man City yang lebih menguasai permainan.

Tiga gol Man City di jaringkan oleh Bernardo Silva, David Silva dan Leroy Sane dan semua jaringkan ini terhasil pada separuh masa pertama.

Pierre-Emerick Aubemeyang berpeluang untuk menjaringkan gol untuk Arsenal namun sepakannya berjaya di selamatkan oleh Enderson Moraes.

Kini Man City makin gah berada di puncak liga dan Arsenal pula berada di tempat keenam liga dan nampak gayanya musim depan Arsenal akan bermain lagi dalam saingan Liga Eropah.

Foto Kredit : Manchester City