Connect with:




Arsenal terus di timpa nasib malang apabila empat perlawanan terakhir mereka tanpa seberang kemenangan dan yang terbaru mereka tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion dalam perlawanan EPL malam tadi.

Dua jaringan dari Lewis Dunk dan Glenn Murray sudah cukup untuk memastikan Arsenal terus merana untuk mencatat kemenangan dan gol tunggal Arsenal dijaringkan oleh pemain baru mereka, Pieera-Emerick Aubameyang.

Kekalahan ini bukanlah sesuatu yang bagus terutama moral kepada pasukan apabila 9 March ini mereka bakal menentang Ac Milan peringkat 16 terbaik dalam saingan Liga Eropah.

Kekalahan ini juga menyaksikan mereka terus jauh ketinggalan bagi mengejar empat pasukan teratas untuk bermain Liga Juara Eropah musim hadapan. Namun begitu, mereka mempunyai peluang untuk layak sekiranya mereka muncul juara Liga Eropah.

Foto Kredit : Premiumtimesng(dot)com

Mampukah Arsenal lakukan kejutan untuk mengejar empat pasukan teratas atau muncul juara Liga Eropah? Sekiranya gagal melakukannya, ia akan menjadi mimpi ngeri kepada Arsenal terutama Arsene Wenger.

Sudah tentu mereka boleh merancang kejuaraan EPL lebih awal kerana musim hadapan Arsenal hanya akan bermain dalam saingan EPL dan liga domestik sahaja sekiranya gagal mendapat slot bermain peringkat Eropah.

Foto Kredit : Brighton & Hove Albion FC