Manchester City menjulang trofi pertama musim ini apabila muncul juara Piala Liga setelah membelasah Arsenal 3-0 di Stadium Wembley malam tadi.

City yang menurunkan barisan terkuatnya mudah meratah pertahanan Arsenal dan turut membuktikan bahawa pemain veterannya masih berbisa apabila gol-gol itu dijaringkan oleh Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Walaubagaimanapun hasrat skuad Pep Guardiola untuk menjulang kejuaraan hatrik musim ini sudah tidak mampu menjadi kenyataan apabila mereka tewas mengejut di tangan Wigan Isnin lalu dalam saingan Piala FA.

“Kemenangan ini sangat penting. Kami sangat gembira dan tahniah kepada semua di Manchester City dan para penyokong kami. Trofi ini untuk Manchester City, bukan untuk saya,” kata Guardiola. -AFP

Foto Kredit : Banjarmasinpost(dot)com