Connect with:




Skuad kendalian Carlos Carvahal meneruskan rentak kemenangan dan kali ini Arsenal menjadi mangsa mereka apabila mencatat kemenangan 3-1 di Stadium Liberty, Swansea.

Kemenangan ini sekali gus membantu pasukan Swansea keluar dari zon penyingkiran dan naik ke kedudukan ke-17 liga.

Arsenal berjaya membuka jaringan pada minit ke-33 apabila permain pertahanan, Nacho Monreal berjaya menjaringkan gol hasil hantaran Mesut Ozil. Jaringan itu hanya kekal seketika apabila Sam Clucas berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu.

Jorden Ayem berjaya memanfaatkan kesilapan penjaga gol Arsenal, Petr Cech untuk gol kedua Swansea pada minit ke-61. Sam Clucas sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-86 sekali gus menamatkan hari yang gemilang untuk mereka.

Kemasukan Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-60 menggantikan Mohamed Elneny merupakan penampilan pertama bersama Arsenal namun beliau masih gagal membantu pasukannya mencatat keputusan positif.

Kekalahan pasukan Arsenal menyebabkan mereka makin jauh ketinggalan dan tampak makin sukar untuk mengejar empat pasukan teratas untuk menjamin slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Foto Kredit : o-post(dot)com