Connect with:




Ahli lembaga Arsenal mengatakan bahawa Arsene Wenger harus meninggalkan pasukan berkenaan tetapi belum memutuskan siapa bakal menggantikannya.

Pihak atasan bersetuju untuk melantik jurulatih yang lebih muda dan beberapa calon telah disenaraikan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ketua Perhubungan Bola Sepak Raul Sanllehi, Ketua Pengambilan Sven Mislintat dan Ketua Eksekutif Ivan Gazidis ketiga-tiga merka mempunyai calon tersendiri untuk menggantikan Wenger.

Bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique menjadi pilihan Sanllehi untuk mengisi jawatan Wenger walaupin Enrique meminta gaji yang mahal. Chelsea juga dikatakan mahu menggunakan khidmat jurulatih dari Sepanyol itu.

Sementara itu Mislintat mahukan pengurus Hoffenhaim, Julian Nagelsmann dan juga pengurus Shalke, Domenico Tedesco.

Gazidis pula mahukan bekas kapten Arsenal Mikel Arteta, yang kini bekerja di bawah Pep Guardiola di Manchester City.

Arsenal terdesak untuk mencari calon pengganti yang sesuai selepas pasukan berkenaan tidak mempamerkan persembahan yang konsisten dan sudah lama tidak memenangi sebarang piala.

Foto Kredit : arsenal(dot)com