Arsenal akhirnya mengakhiri badi kekalahan apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas AC Milan dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati saingan Liga Eropah awal pagi tadi di stadium San Siro, AC Milan.

2 gol Arsenal hadir menerusi Henrikh Mkhitaryan dan Aaron Ramsey di separuh pertama permainan. Kemenangan ini memberi kelebihan kepada Arsenal untuk perlawanan kedua nanti apabila mereka mempunyai dua gol di tempat lawan.

AC Milan pula perlu menang 3-0 dalam perlawanan kedua nanti untuk menafikan Arsenal ke suku akhir. Namun itu bukan tugas mudah untuk skuad kendalian Gennaro Gattuso kerana akan bermain di tempat Arsenal pula.

Kemenagan ini juga memberi sedikit kelegaan kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger kerana sebelum ini beliau di kecam hebat akibat prestasi tidak begitu konsisten termasuklah mengalami kekalahan 4 perlawanan berturut-turut.

Perlawanan kedua nanti akan diadakan pada 16 March di stadium Emirates. Mampukah Arsenal melangkah ke suku akhir atau AC Milan akan lakukan kejutan dalam perlawanan kedua nanti?

Foto Kredit :  FB Arsenal