Lagenda Itali, Andrea Pirlo telah mengumumkan persaraannya selepas 22 tahun beraksi cemerlang sebagai pemain bola sepak, menandakan penampilan terakhirnya bersama pasukannya, New York City dalam perlawanan menentang Columbus Crew.

Digelar l’architetto (arkitek) kerana kreatif dalam menyusun corak permainan dan mengatur serangan buat pasukannya. Setiap edisi yang disertainya, telah membuahkan hasil terutama membantu Azzurri menjulang Piala Dunia pada tahun 2006.

Dunia bola sepak akan mengucapkan selamat tinggal kepada lagenda ini setelah melihatnya bermain untuk kelab besar seperti Inter Milan, AC Milan, Juventus dan New York City.

 

FAKTA MENARIK TENTANG PIRLO

Penembak Jitu Liga Itali

Pirlo, bersama-sama dengan Sinisa Mihajlovic merupakan pemain yang menjaringkan gol terbanyak dari sepakan percuma dalam sejarah Serie A dengan 28 gol.

 

Sumber Inspirasi

Juninho Pernambucano merupakan inspirasinya bagi pengambil sepakan percuma. Pirlo sering membeli cakera video digital (DVD) Juninho  bagi mempelajari tekniknya dengan teliti.

 

Main Kejar-Kejar

Semasa jamuan makan di Milanello, Gennaro Gattuso telah mengejar Pirlo menggunakan garpu kerana dia mencipta seribu cara untuk menyeksa dia sehingga Gattuso mengambil garpu dan cuba untuk mencucuk mereka.  

 

Keputusan Ancelotti

Pirlo dianggap sebagai pemain tengah terbaik di dunia atas keputusan Carlo Ancelotti untuk memindahnya ke posisi yang lebih mendalam di bahagian tengah padang semasa mereka di AC Milan. Pada asalnya, Pirlo memulakan kariernya di posisi penyerang kedua namun gagal untuk mempamerkan prestasi yang cemerlang.

 

Mendapat Penghormatan Ramai

Pirlo digantikan oleh Andrea Barzagli pada minit ke-78 ketika Juventus menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu. Walaupun diikat seri 1-1, Los Blancos telah disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara. Namun begitu, para peminat telah memberikan tepukan yang gemuruh buat Pirlo dalam meraikan prestasinya yang cemerlang. Perlawanan itu berlangsung pada 13 Mei 2015.

 

Foto Kredit: Twitter (Andre Pirlo)