Connect with:




Ariel “Tarzan” Sexton, peninju veteran Costa Rica sudah lama tidak mengambil bahagian dalam ONE Championship sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Juara Jiu Jitsu Brazil yang berusia 37 tahun itu telah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhirnya dalam promosi itu, kini mendapati dirinya sebagai peserta dalam ONE Lightweight World Grand Prix bersama dengan tujuh lagi pesaing lightweight peringkat tinggi lainnya.

Pada ONE: CALL TO GREATNESS pada Jumaat, 22 Februari di Stadium Tertutup Singapura, Sexton bakal berhadapan dengan hero tempatan, Amir Khan. Sexton melihat kemasukannya dalam kejohanan itu sebagai bukti kepada hasil kerja keras yang telah dia lakukan selama bertahun-tahun.

“Saya telah bekerja keras dalam ONE selama lima tahun yang lalu untuk mendapatkan peluang saya untuk bertarung untuk tali pinggang dan kini, tidak ada tempat bagi sesiapa untuk berlari dan bersembunyi”, kata Sexton.

“Apabila mereka memilih saya untuk mengambil bahagian dalam Grand Prix, saya tahu ia akan menjadi sukar. Kesemua mereka adalah golongan elit, bertaraf dunia dan berbahaya, dan mereka semua patut berada di sana, jadi saya rasa berbesar hati kerana terpilih”.

Sexton percaya bahawa dia mempunyai kelebihan yang besar dari segi pengalamannya berbanding Khan yang berusia 13 tahun lebih muda daripadanya.

“Dia seorang penyerang yang sangat berbahaya, tapi saya bertuah kerana saya mempunyai banyak pengalaman untuk menentang penyerang di peringkat tinggi. Saya mempunyai banyak pengalaman menentang semua lawan di peringkat tinggi. Saya tidak fikir dia mempunyai peluang untuk menangkis serangan di beberapa kawasan”.

“Bayangkan betapa banyak latihan yang saya buat pada masa itu,” tambah Sexton.

Beliau percaya bahawa dia telah melakukan kerja keras dan persediaan yang cukup rapi untuk menjadi yang terbaik dalam ONE: CALL TO GREATNESS.

“Saya tidak mahu kehilangan peluang ini, jadi saya telah melakukan persedian dengan rapi. Selagi saya melakukan latihan saya dengan baik, tidak mustahil saya akan mendapat kemenangan pada malam itu”.

“Ia akan menjadi perlawanan sengit, ia akan menjadi perlawanan yang menyeronokkan dan saya tahu bahawa saya akan menang dengan submission”, simpulnya.