Pasukan hoki negara berjaya meruntuhkan ego skuad Argentina menerusi kemenangan 2-1 dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak sebentar tadi.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Tengku Tajuddin dan Najmi Farizal Jazlan masing-masing pada minit ke 20 dan 28. Gol saguhati Argentina dijaringkan oleh Diego Paz pada minit ke-32.
Pasukan negara yang turun sebagai pasukan ‘underdog’ berjaya membuktikan kepada Argentina bahawa Malaysia bukan sebuah pasukan belasahan dan sekaligus menewaskan skuad Argentina yang rata-rata dibarisi pemain handalan dunia.
Anak buah Stephen Van Huizen akan turun menentang pasukan India pada 7 Mac ini.
Foto Kredit : kosmo(dot)com