Connect with:




Sukan Eletronik dan Intelek (SAFEIS)  mengumumkan satu memorandum persetujuan (MoU) dengan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi  Sukan Elektronik dan Intelek (SAFEIS) yang telah dimeterai bagi melancarkan liga Esports yang pertama di negara itu.

Pengumuman itu berlangsung  pada acara penutup kejohanan GSA Fifa 2018 yang diadakan di Jeddah pada 29 April lalu di mana pemain masing-masing berentap bagi memenangi $100,000 (RM 393 750) dan memburu dua tempat di FIFA 18 Global Series akhir tahun ini.

Dalam pada itu, MoU telah itu ditandatangani oleh Presiden SAFEIS, Putera Faisal bin Bandar bin Sultan dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudia, Adel Ezzat.

“Negara kita disini mempunyai bakat yang hebat. Ini sudah menjadi suatu kemestian untuk kami menyediakan platform ini dimana kita dapat melahirkan bintang yang bersinar,” kata putera dalam satu kenyataan.

“Mesej saya kepada semua pemain: Hari ini anda mungkin anda seorang amatur, tetapi jika anda bekerja keras dan bersaing secara sihat, anda boleh menjadi seorang atlet,” katanya.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai permainan yang akan disenaraikan dalam liga tersebut belum diketahui tetapi kemungkinan besar bahawa salah satu daripadanya adalah FIFA, kerana permainan ini amat popular di Arab Saudi.

Menurut Esportsearnings, tiga pemenang utamanya adalah dari negara ini dan kesemuanya merupakan pemain sukan profesional FIFA.

Sementara itu Newzoo turut melaporkan, terdapat 587 juta orang yang bermain ‘online games’ di negara Timur Tengah. Pasaran game di rantau ini juga semakin berkembang, menjangkau sekitar $ 600 juta (RM 2.3 juta) pada tahun lepas.

Ia juga menjangkakan industri ‘gaming’ akan terus berkembang pada tahun 2022 dengan anggaran pendapatan $ 4.4B (RM17 juta) beradasarkan laporan oleh Strategy & dan Abu Dhabi Media Free Zone,

Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan bulan lalu bahawa mereka mempunyai rancangan untuk membina Dubai X-Stadium, dimana arena itu akan digunakan untuk sebarang kejohanan Esports selain menjadikan Dubai dan seluruh negara Timur Tengah sebagai sebuah pusat E-sukan global.