Aqil Yasmin (baju biru 5 dari kanan), Jonathan Nyepa (baju merah 4 dari kanan)

Pelari pecut Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mengetepikan atlet pilihan dan juga merupakan atlet kebangsaan, Jonathan Nyepa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meraih emas 100 meter lelaki.

Aqil yang turun nampak tekanan berjaya melakukan catatan masa terpantas dengan 10.78s sekaligus berjaya memberi emas untuk pasukan UiTM dan merupakan emas pertama peribadi beliau.

Johanthan yang berada di kedudukan kedua hanya dipisahkan sedikit sahaja masa apabila melakukan catatan masa 10.79s. Pingat gangsa juga dimenangi atlet UiTM, Muhammad Nazrul Naim Azman, 10.83s.

Bagi Aqil, beliau berpuas hati dengan kemenangan ini dan ini merupakan penyertaan kedua beliau, penyertaan pertama adalah ketika tahun 2016 hanya dapat gangsa.

“Meskipun acara ini ada beberapa atlet kebangsaan, saya tetap optimis dengan kemampuan diri saya kerana bagi saya, siapa yang lepas dulu dia akan menang,” ujarnya.

Pemegang rekod acara 100 meter, Harith Amar Mohd Sobri dari Universiti Malaya gagal mempertahankan pingat emas dalam acara ini apabila hanya berada di kedudukan keenam dengan catatann masa 11.07s.

Rekod acara 100 meter lelaki adalah 10.53s.