Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek akhir memilih pasukan Melaka untuk meneruskan karier selaku pemain bola sepak professional setelah mencapai persetujuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Kredit : Kelantan FA

Sebelum ini, nama apek dan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau piya telah digugurkan dari perancangan ketua jurulatih baru Kelantan, Fajr Ibrahim.

Apek yang menyertai Kelantan pada 2009 telah membantu The Red Warriors (TRW) mencapai pelbagai kejayan terutama ketika musim kegemilangan Kelantan pada tahun 2012 dan 2013.

Foto Kredit : TRW 2018