Connect with:




Baru-baru ini Figos Malaysia telah memperkenalkan koleksi terbaru untuk kaki-kaki futsal diluar sana yang diberi nama MVP 6.

Terdapat dua gred yang dikeluarkan untuk model kali ini iaitu RVF MVP 6 dan MVP 6. Antara perbezaan yang boleh didapati ialah:

1- Koleksi warna

RVF MVP 6 gred pertama hanya mempunyai 2 pilihan warna iaitu perak dan hitam manakala  gred kedua mempunyai 4 pilihan warna iaitu biru, merah champagne, hitam dan perak.

2- Tapak kasut

Bagi RVF MVP 6, bahan yang digunakan untuk tapak kasut ialah sepenuhnya dari getah lembut asli dan mempunyai warna satu warna iaitu coklat. Manakala bagi MVP 6 pula tapak kasut merupakan campuran getah dan mempunyai warna sama dengan kulit futsal.

3- Lapisan luar

Untuk RVF MVP, supermicro-fiber merupakan lapisan luar kasut yang menjadi ‘kulit’ untuk melindungi kaki anda ketika bermain. Teknologi baharu yang diperkenalkan ini lebih lembut daripada lapisan PCV dan lebih ringan.

Persamaan

1- Bahagian dalam hexafoam

Hexafoam dibahagian dalam kasut akan memberi lebih cengkaman kepada kaki anda ketika menyarungnya dan akan meningkatkan kestabilan anda ketika melakukan pendaratan. Lapisan ini seolah-olah span yang lembut melitupi kaki anda.

2- Tali kasut

Kedua-dua gred kasut ini datang dengan dengan teknologi baharu cotton-coated lace, iaitu tali kasut akan lebih terikat rapi tanpa masalah bagi para pemain. Tali kasut kali ini lebih kasar dan mudah diikat bagi menjimatkan masa pemain.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh layari laman web di www.figos.my  atau laman media sosial Facebook dan Instagram @figossportswear.