Tahukah anda kejohanan paling berprestij dalam dunia bola sepak iaitu Piala Dunia 2018 akan berlangsung tidak lama lagi. Ianya akan bermula dengan majlis pembuka tirai yang hebat pada hari perasmian Piala Dunia di Stadium Luzhniki di Moscow.

Sepertimana yang kita tahu, upacara perasmian Piala Dunia diadakan di stadium sebelum sepak mula perlawanan pembukaan. Bagi edisi kali ini, Rusia bakal menganjurkan majlis pembukaan yang agak sederhana disamping mempersembahkan banyak kebudayaan tempatan. Selain itu, majlis perasmian akan mengambil masa selama 2 jam sebelum perlawanan pertama bermula antara Rusia vs Arab Saudi pada jam 9 malam (waktu tempatan).

Tarikh & Masa Khamis, 14 Jun  2018 lebih kurang pukul 9 malam.
Tempat Majlis perasmian akan berlangsung di Stadium Luzhniki manakala konsert pembukaan bertempat di the Red Squad Moscow, Russia.
TV CHANNELS Semua rangkaian pemegang hak di seluruh dunia akan menyiarkan majlis pembukaan 30 minit sebelum perlawanan pertama antara Rusia dan Arab Saudi termasuk RTM.

Keunikan Upacara Pembukaan Piala Dunia 2018

Berbeza dengan Majlis Pembukaan Piala Dunia di Brazil empat tahun yang lalu, Rusia telah memilih untuk mengadakan majlis yang agak sederhana dan dihadiri kebanyakan penghibur tempatan. Pada waktu yang sama, lebih kurang seramai 500 penari, ahli gimnas, trampolinis akan memeriahkan suasana upacara diikuti dengan persembahan bertema budaya tempatan. Akhir sekali, beberapa pertunjukan daripada artis antarabangsa akan berlangsung sebelum ianya diakhiri  dengan pertunjukan bunga api secara besar-besaran.